1 Orang bunuh diri setiap 40 saat

1.   Berapa ramai orang bunuh diri setiap hari?

Sejak kebelakangan ini banyak berita tentang anak muda yang bunuh diri akibat daripada depresi. Menurut World Health Organization (WHO), kadar bunuh diri yang kedua tertinggi adalah kematian di kalangan anak muda selepas kadar kematian di negara pendapatan tinggi. Kata WTO, umur yang kritikal adalah 15-29 tahun. Menurut WTO lagi, 1 mangsa bunuh diri setiap 40 saat.

2.   Kenapa orang bunuh diri?

Antara masalah kepada bunuh diri adalah kita tidak pernah tahu bila seseorang itu akan bunuh diri. Sama ada ahli keluarga, kawan atau celebrity. Selalunya mereka tidak menunjukkan tanda-tanda. Malah jika kamu cuba untuk kembali dan mengingati, kebanyakkan selalunya gembira, senyum, dan berinteraksi seperti biasa.

Kemungkina tindakan bunuh diri ini boleh menjadi dua, pertama adalah disebabkan satu perkara yang terjadi yang amat tertekan kedua adalah disebabkan sesuatu yang telah berlarutan. Ada 3 sebab yang selalu terjadi yang mungkin menyebabkan orang bunuh diri.

A.  Depression

Depression adalah real. Hal ini masih tidak boleh diterima oleh masyrakat ramai di Malaysia. Ini adalah disebabkan pengaruh islamisasi dalam menangani masalah penyakit mental. Depression bukanlah masalah iman yang lemah atau krurang membaca quran.

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tahun March tahun lepas, sebanyak 18 ribu pesakit depresi. Dalam 18 ribu pesakit ini, hampir 2 ribu dikatakan mengalami masalah depresi yang serius dan kritikal.

B.  Trauma

Seterusnya adalah mereka yang pernah menghadapi trauma. Pengalaman seperti sexual abuse, rogol, dipukul, accident dan sebagainya. Lebih membahayakan jika mereka di diagnose dengan post-traumatic stress disorder (PTSD). Perkara ini boleh mengakibatkan rasa takut, tak dihargai, rasa hidup mensia-siakan sehinggakan membawa kepada bunuh diri.

C.  Ketakutan menghadapi masalah

Semenjak dua menjak ni banyak berita tentang kes bunuh diri kerana tertekan dengan hutang yang banyak,  tekanan peperiksaan dan banyak lagi. Dunia yang semakin menekan dan mementingkan ekonomi kini sangat mencabar.

Tekanan ini bukan sahaja pada orang dewasa yang harus kerja keras untuk mencari wang demi kelangsungan hidup tetapi juga anak-anak yang baru mula bersekolah.

Mereka dipaksa untuk belajar dengan keras untuk mendapat tempat di dalam ekonomi yang terhad ini. Mungkin sesetengah orang akan memikirkan mereka ini lemah dan malas kerana tidak berkerja keras tetapi masalah ini sebenarnya adalah masalah sistem. Mahu tidak mahu, memang tidak boleh dinafikan sistem ini menjadikan manusia hilang intipati seroang manusia melainkan seperti robot yang sentiasa bekerja.

3.   Bagaimana mahu bergerak ke depan?

Disaat kamu sedar kamu mempunyai masalah, kamu harus segera mendapat mana-mana pertolongan/ kaunselor atau jika perlu ke psychiatrist. Jangan hanya bergantung pada kawan-kawan. Mereka tidak mempunyai kepakaran untuk menyelesaikan masalah kamu.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini