“Saya belum penat menulis” – 3 Dekad Faisal Tehrani

Sasterawan negara, Anwar Ridwan memberi pujian kepada karya-karya Faisal Tehrani sebagai “conscious of high literature and full of vision.” – karya-karya sastera yang tinggi dan mempunyai visi. 

Melangkah ke tahun 2020 ini, Faisal Tehrani sudah berkarya selama 30 tahun. Ketika ditanya, apakah rasanya berkarya selama 3 dekad ini, jawabnya mudah “Saya belum penat. Saya belum penat menulis. Ini adalah makanan harian saya.”

Beliau mahu karyanya dibaca diluar Malaysia. “Saya harap karya saya dibaca lebih ramai oleh orang Malaysia dan bukan Melayu”. Tahun lalu, novel Professor diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan oleh Gerakbudaya untuk edaran Malaysia. Berita baik yang turut dikongsi oleh beliau, The Professor dijangka diterbitkan di Melbourne, Australia tidak lama lagi untuk edaran antarabangsa.

Foto: rekodmedia/ Asri Yussof, Noriman

“Pembaca merasa idea yang saya bawa itu segar, memberi perspektif baru walaupun tidak semestinya mereka bersetuju.” ini antara komen-komen dari pembaca yang beliau terima di email, facebook dan juga twitter

“Pembaca juga suka apa yang saya bawa menerusi kacamata sejarah. Jadi itu antara yang mereka suka, dan ini membuatkan saya rasa gembira kerana dibaca juga oleh orang bukan Melayu”

Baginya, malapetaka kepada sastera Melayu adalah apabila sub-genre sastera Islam menguasai sastera perdana. “Pembaca-pembaca bukan Melayu menjauhkan diri daripada sastera melayu kerana terasa sangat islam-nya.”

Beliau menarik diri daripada sub-genre sastera islam, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk merakam promosi bagi novel 1515 edisi terkini dan juga buku Sastera Adalah Makanan Anjing: Kompilasi esei yang bakal diterbitkan pada April nanti.

https://www.gerakbudaya.com/Faisal-Tehrani

Felo penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia itu merasa gembira dengan peneriman pembaca bukan Melayu keatas novel terbarunya – The Professor.

Katanya, program ‘Book Reading’ yang diadakan di Kinokuniya KLCC baru-baru ini, rata-rata yang hadir menemui beliau bukan saja dari kalangan Melayu.

Beliau merasa inilah tujuan sastera yang sebenarnya. “Ini lah kerja sastera, ia harus juga dibaca oleh yang bukan Melayu. Tapi sastera Melayu kita sekarang dikuasai oleh sastera Islam sehingga menjadi terlalu Melayu sentrik dan Islam sentrik.”

Bagi Faisal, karya-karya yang diterbitkan bagi tahun-tahun tertentu sebelum ini sebahagiannya menggambarkan dirinya pada waktu itu. Novel 1515 (2003), Drama: Misi (1999-2000) dan The Professor (2019) antara karya-karya penting baginya untuk tempoh-tempoh tertentu. “Saya rasa karya-karya ini yang mewakili diri saya”

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini