5 Filem Lowkey tapi Power untuk Raya!

5 Filem dari Pelbagai Negara untuk Tontonan sempena Hari Raya yang Bakal Tiba!

Sebelum zaman Netflix betul-betul terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia, ramai orang akan buka televisyen untuk menonton semula filem-filem lama yang ditayangkan di siaran mainstream seperti TV1, TV2 dan TV3 setiap kali raya menjelang. Kita akan diulang dengan filem ‘klasik’ tontonan ramai misalnya seperti Kabhi Kushi Khabie Gham atau Mohabbatein. Lagi seronok zaman sekolah dulu (untuk 90’s babies) mereka pasti menonton filem-filem lama Senario.

Namun, berikutan daripada perubahan teknologi di mana akses kepada filem lebih mudah di dapati dalam internet, maka peluang sebegini harus dicapai dengan habis baik. Mungkin kita tidak dapat mengulang tradisi seperti berkumpul di kampung dengan keluarga besar dan menonton filem lama beramai-ramai (mana boleh rentas negeri, duduk rumah sendiri). Tetapi, anda boleh cuba teroka filem yang lowkey dan berikut merupakan cadangan filem yang anda boleh menonton dengan keluarga sempena raya yang bakal datang, di Netflix. Oh well sekadar cadangan:

  1. Lagaan (2001) arahan Ashutosh Gowariker

Secara ringkas, pada tahun 1893 ketika India di bawah penjajahan British, di sebuah perkampungan kecil yang berada bawah pimpinan Kapten Russell (Paul Blackthorne). Kapten tersebut telah mengenakan cukai tanah kepada penduduk di kawasan berkenaan. Berikutan tidak puas hati dan marah dengan apa yang berlaku, Bhuvan (Aamir Khan), yang merupakan seorang petani, telah memberontak dan mengajak penduduk kampung untuk menentang pembayaran cukai tersebut secara terbuka. Kapten bagaimana pun menawarkan cara baru untuk menyelesaikan masalah yang tumbul. Apakah cara yang ditawarkan? Habiskan masa tiga jam anda untuk menonton filem ini dan anda tidak akan merasa rugi dengan jalan cerita yang ditawarkan.

  • The African Doctor (2016) arahan Julien Rambaldi

Filem komedi ini sangat realistik dan menarik untuk ditonton bersama-sama keluarga anda. Di inspirasikan daripada kisah sebenar, Seyolo Zantoko berketurunan Congo yang mempunyai lulusan perubatan dari Perancis. Beliau berusaha untuk berintegrasi di sebuah kawasan luar bandar di utara Perancis di samping menjalankan tugas sebagai seorang doktor, memandangkan penduduk kampung kebanyakan ke kampung sebelah dalam mendapatkan rawatan perubatan. Untuk melihat lebih bagaimana beliau dan keluarganya berusaha untuk menjalani hidup – anda harus menonton filem ini! Pasti tidak akan kering gusi!

  • Only Yesterday (1991) – Omoide Poro Poro arahan Isao Takahata

Filem lama, tetapi antara filem yang baik oleh Studio Ghibli. Menceritakan tentang seorang wanita bekerjaya yang belum berkahwin, Taeko Okajima (Miki Imai) melakukan perjalanan pertamanya ke luar bandar. Dia bercadang untuk ke Yamagata untuk mengunjungi keluarga kakaknya – kerana pada ketika itu proses menuai safflower. Anda akan dibawa meneroka alam hidup Taeko dari zaman kecil tentang kekecewaan dan kesenagan yang dilalui di samping menjawab persoalan-persoalan tentang kehidupan dewasan yang penuh dengan tekanan.

  • Cahaya dari Timur: Beta Maluku (2014) arahan Angga Dwimas Sasongko

Sani Tawainella, seorang bekas pemain bola telah membentuk kelab bola untuk anak-anak tempatan di Ambon, Maluku daripada terjebak dalam konflik sektarian antara Muslim dan Kristian. Caranya adalah dengan membentuk pemain daripada kedua-dua komuniti dan kita melihat sendiri bagaimana pendekatan sosio-budaya digunakan dalam menjadi penawar kepada konflik yang berlaku. Babak ganas mungkin ada, tapi masih selamat untuk digambarkan sebagai memberi pengajaran. Anda boleh belajar sedikit loghat Ambon kerana uniknya filem ini seluruh dialognya menggunakan loghat tersebut.

  • What Happened, Miss Simone? (2016) arahan Liz Garbus

Baiklah, cadangan terakhir ini mungkin agak janggal yang anda mungkin tidak akan dapat dalam bacaan cadangan filem untuk ditonton. Mungkin kurang menarik, tapi semua jadi lebih menarik kalau anda dapat mengenali susuk Nina Simone. Filem-doku ini sangat menarik dan anda boleh perkenalkan ia kepada pelbagai generasi tentang siapa Nina Simone. Tidak rugi untuk mengenalinya. Nina lebih daripada sekadar Feeling Good. Nina adalah pemuzik yang bercakap tentang zamannya, zaman dia hidup. Untuk itu, anda akan berpeluang melihat konteks sosial yang menjadi teras kepada nyanyian.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini