9 Ulasan ini akan buatkan anda teruja dengan novel 1515 yang diterbitkan semula selepas 17 tahun

Novel 1515 yang mengangkat latar tempat di Melaka dan sejarahnya pada tahun 1515 telah memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). Lebih dari itu, novel 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman.

Novel yang ditulis oleh Faisal Tehrani ini telah mendapat pelbagai ulasan dari kalangan pembaca yang membacanya buat pertama kalinya sejak 2003.

Novel yang mengangkat emansipasi wanita ini melalui watak Nyemah, Tun Nyemah Mulya, perawan yang berusia 15 tahun ini adalah salah seorang panglima laksamana Melaka. Berpewatakan handal, licik, penuh makar, berbudi dan tegar.

Nyemah memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera perang berisi lebih 60,000 tentera, membelah laut segera dengan 2 misi: Pertama, mengotakan janji kepada Albuquerque mengebumikan jasadnya di Lisbon; dan kedua, menakluk Portugal.

Rata-rata yang membaca novel ini memberitahu seolah-olah mereka membaca kisah sejarah yang hidup dan seperti sebuah kisah benar. Ini 9 ulasan terbaik dari pembaca-pembaca novel 1515:

“Aku rasa segala yang berlaku adalah kisah benar belaka! Faisal Tehrani begitu teliti”

” Dua sisi sejarah diceritakan seperti benar-benar berlaku”

“Bahasa penceritaan yang sungguh mantap, klasik dengan peribahasa2 dan bidalan2 yang pertama kali aku dengar”

“1515 kisah rakyat mempertahan tanah dan air, kisah Islam yang terkandung di dalamnya kepatuhan kepada Tuhan, patriotisme, demokrasi”

“Cerita 1515 ini bagi saya kompleks sebenarnya. Watak utama, contohnya melalui surat “back from the past to the future”…. melalui beberapa zaman yang berlainan”

“It is a historical fiction that fully uplift the power of an educated woman”

“Keupayaan penulis mengembalikan keperwiraan masyarakat ketika itu kembali membuka mata kita tentang melaka”

“Faisal Tehrani memang berani memperkenalkan bukan sahaja tema dan persoalan baru, malahan gaya penulisan sangat berbeza juga”

“Ini adalah antara novelnya yang terbaik. susunan penceritaan yang unik, watak yang gah, susunan sejarah yang mendebarkan”

Miliki novel 1515 dengan 10% diskaun: https://www.gerakbudaya.com/1515

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini