Apa rasa dihina? Ini yang patut anda tahu tentang Body Shaming

Memiliki tubuh yang besar, kurus atau sederhana adalah pilihan. Yang penting itukan kita sendiri merasa selasa dan puas menurut kita, bukan orang lain. Namun tidak dinafikan ada sahaja orang-orang yang selalu tidak berpuas hati atau suka melukai hati orang lain dengan melakukan perbuatan ‘Body shaming’.

APA ITU BODY SHAMING?

Body Shaming adalah perbuatan menghina rupa fizikal seseorang. Seiring namanya body shaming, ia datang dengan komentar negatif.

‘Kamu terlalu kurus’
‘Kamu terlalu gemuk’
‘Badan macam gajah’
‘Buah dada terlalu besar’
‘Zakar terlalu kecil’
‘Hitammm, putihh,,,’

Manifestasi body shaming boleh datang dari pelbagai keadaan dan waktu. Tinggal kita sahaja mahu sedar atau tidak sedar akan perilakunya. Sama ada kita sahaja mahu ‘unlearned’ budaya body shaming ini atau tidak kerana pada kebanyakan situasi kita semua selalu terjebak dalam situasi ‘awkward’ body shaming dan tidak tahu harus melakukan apa. Pada kebanyakkan, body shaming barangkali tidak kelihatan bahaya sama sekali. Tetapi ia sebenarnya memberi kesan kepada penerimanya. Antara kesan kepada penerima adalah:

Tidak Percaya Diri

Perbuatan body shaming akan membuat seseorang hilang keyakinan diri. Ini menjadikan seseorang tidak berdamai dengan tubuh dan fiziknya. Bayangkan body shaming telah menjadi budaya yang menular dalam kalangan masyarakat dan kesannya bukan sahaja pada orang dewasa, tetapi para remaja dan kanak-kanak dan kita pasti bersetuju lingkaran budaya body shaming hanya membantut pertumbuh anak untuk menjadi kreatif dan kritis kalau yang sering kita bandingkan adalah soal tubuh fizikal seseorang.

Stress dan Gangguan emosi

Orang yang tidak percaya diri, sering bertelingkah dalam dirinya kerana persepsi orang lain pastilah boleh mengakibatkan stress dan gangguan emosi. Menjalani satu kehidupan normal adalah tidak mudah dalam kondisi keadaan stress sehingga mengganggu perjalanan pekerjaan. Dalam budaya body shaming yang tidak dibanteras dengan peningkatan kesedaran-kesedaran, kesensivitian orang lain tidak terjaga dan jika kita membiarkan gejala ini berleluasa, kita seperti membiarkan luka menjadi nanah.

Kemurungan

Barangkali, masih ada yang membuat lawak. Mana mungkinlah usik sedikit sahaja jadi kemurungan. Soalnya ada, jangan kerana kita tidak melihatnya, kita menganggapnya tidak ada. Itu sungguh naif.

Ada orang sukar bangun tidur kerana merasa tidak akan ada yang menghargai dirinya sekuat mana dia mencuba. Ada orang melihat wajah mulus di cermin, tapi yang terbit di hatinya hanya cercaan atau ketidakpuasan hati orang lain. Ada orang keluar dengan senyuman, tapi luka dalam hati tinggal waktu untuk meletus.

YANG MESTI KITA LAKUKAN

Kita harus ada kesedaran bahawa kita tidak dilahirkan untuk membenci tubuh sendiri atau apa adanya kita, sampailah masyarakat mengajar kita melalui media-media yang mempamerkan pandangan patriarki terhadap bagaimana tubuh seorang lelaki atau perempuan-perempuan yang ideal.

Barangkali untuk melawan kembali budaya body shaming ini, kita harus mengutip kekuatan dari diri sendiri terdahulu bahawa:

  1. Body Shaming yang orang lakukan ke atas kita, bukanlah tentang kita sebenarnya. Kata-kata hinaan atas kiat adalah refleksi serong pandangan mereka yang membuli. Barangkali, dengan membuat orang hilang keyakinan diri adalah cara terbaik mereka merasa selamat atas ‘insecurities’ sendiri.
  2. Konfrantasi secara terus. Jika kita punya kekuatan, teruskan sahaja ke depan. Kalau tidak mahu juga, tidak apa-apa kerana untuk sebahagian hal, orang-orang yang tidak bertimbang rasa memang tidak berharga untuk waktu dan kewarasan yang kita punya.
  3. Marah. Memang manusia harus marah kalau diperlaku dengan hinaan. Biar marah kita menjadi satu aksi perlawanan bahawa body shaming mesti dihapuskan. Rapatkan diri dengan teman-teman yang berfikiran lapang dan mulakan advokasi. Dari kumpulan kecil, bertemu kumpulan kecil yang lain, yang akhirnya sedikit-sedikit menebar luas kesedaran.

Kerana di masa dan generasi depan, daripada hidup tercemar dalam budaya buli dan body shaming, kita mahukan diri kita sendiri, teman-teman kita, anak-anak kita lelaki dan perempuan-perempuan itu untuk saling mandiri dan membangun satu sama lain.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini