BAPA TOM & JERRY TELAH PERGI

Pernah menghiburkan hati kanak-kanak sewaktu ketika dahulu, pengarah animasi popular Tom & Jerry, Gene Deitch disahkan meninggal dunia pada usia 95 tahun. Mendiang dilaporkan meninggal pada 16 April 2020. Mendiang dikatakan meninggal di kediamannya di Prague. Punca kematiannya walaubagaimanapun belum dapat dipastikan.

Berita kematiaan ini turut dimuatkan oleh seorang kartunis yang terkenal dengan nama Atortoise dalam laman instagramnya, @atortoise.

“Pengarah animasi popular, Tom & Jerry, Gene Deitch meninggal dunia. Perkara tersebut disahkan oleh penerbit siri berkenaan, Petr Himmel yang menyatakan mendiang meninggal secara mengejut”

Eugene Merril Deitch memulakan karier sebagai jurudraf untuk Penerbangan Amerika Utara sebelum memegang jawatan sebagai pengarah kreatif Terrytoons yang berada di bawah naungan 20th century Fox.

Beliau kemudian mengembangkan sayap dengan mencipta watak-watak kesayangan kanak-kanak Sidney the Elephant, Gaston Le Crayon, Clint Clobber dan Terr’ble Thompson.

Gene Deitch kemudian berkerja dengan Rembrandt Films dan menghasilkan anak-anaknya iaitu Tom & Jerry dan Popeye yang menjadi pujaan kanak-kanak sekitar 60-an hingga sekarang.

Sepanjang hanyatnya, beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Oscar sebanyak dua kali pada tahun 1964 untuk filem Here’s Nudnik dan How to Avoid Friendship.

Selamat Jalan dan Terima Kasih Gene Deitch!

Credit picture: Instagram artortoise & unilad.co.uk

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini