Beri penghormatan kepada Kassim Ahmad, SIRD terjemah autobiografi beliau ke dalam bahasa Inggeris

Kassim Ahmad adalah seorang intelektual, penulis, penyair dan pendidik di Malaysia. Beliau juga seorang ahli politik pada awal zaman Malaya dan kemudian Malaysia. Pada 1950, beliau aktif bersama University Socialist Club, badan pelajar sayap kiri di Malaya dan Singapura. Beliau juga merupakan ahli Parti Rakyat Malaysia ketika Ahmad Boestamam menjadi presiden parti itu.

An Autobiography of A Rebel, buku yang pernah ditulis oleh Allahyarham Kassim Ahmad, kini sudah diterbitkan semula dalam edisi terjemahan Bahasa Inggeris. Edisi terjemahan yang ditulis oleh Zakaria Ali ini memuatkan 44 bab yang ditulis oleh Allahyarham Kassim Ahmad selama 1 tahun 2 bulan, dari November 2014 hingga Februari 2016.

Beliau adalah penulis kontroversi di Malaysia. Bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula yang diterbitkan pada 1984 pernah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986. Buku ini mempersoalkan peranan hadis dalam Islam, dan memancarkan perdebatan tentang Quranisme di Malaysia.

Beliau pernah memimpin badan politik bersama Syed Hussin Ali dari tahun 1965 hingga 1980 sebelum menyertai UMNO. Dia ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama 5 tahun bermula 1976 kerana didakwa menyokong pergerakan sosialis-komunis di Malaysia. Syed Hussin sendiri ditahan dua tahun lebih awal kerana pertuduhan yang sama.

Beliau kemudian dibebaskan pada 30 Julai 1981 selepas Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri. Mahathir pertama kali bertemu dengan Kassim di Universiti Malaya, dan telah menulis prakata untuk beberapa bukunya.

Kassim dalam autobiografinya ini mengutuk keras larangan dan pengharaman yang dilakukan terhadap bukunya. Katanya pengharaman seperti ini pernah dilakukan oleh gereja Kristian ketika zaman gelap. Baginya idea harus diperdebatkan, bukan diharamkan menggunakan autoriti kekuasaan.

“Religious bureaucrats who banned my book follow in the footsteps of the Christian Church in the Dark Ages. Wrong ideas must be combated with the right ideas in an open debate, not banned.”

“Modern Europe rose after studying the works of Islamic scholars in Baghdad for 300 years, from the thirteenth to sixteenth centuries. Islamic civilisation stretched for eight centuries until 1258, when Baghdad fell to the Mongols.”

Kassim Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada jam 10 pagi, 10 Oktober 2017. Beliau koma beberapa sebelum akibat masalah pernafasan. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kulim, Kedah.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini