Dr. Maszlee Malik sebut “Gig Ekonomi”, Apa benda tu?

Dalam status terbaru di facebook, Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia memetik “Ekonomi gig”? Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi gig? Bagaimana Ia berfungsi?, manfaat dan lain-lain lagi? Ini apa yang anda perlu tahu.

Mana-mana negara maju akan membuat pelaburan yang serius di dalam agenda pendidikan. Kita semua percaya, masa depan kita…

Posted by Dr Maszlee Malik on Khamis, 24 Oktober 2019
” keadaan negara dalam suasana ekonomi gig yang sangat mencabar. “

Kita semua tahu pasaran kerja di Malaysia hari ini sangat besar. Semakin besar kerangka ekonomi kita, semakin besarlah persaingan yang perlu kita hadap. Mahasiswa/wi yang sudah tamat belajar perlu menghadapi perkara ini untuk masuk ke Industri dan apply kerja.

Apabila peluang kerja makin sengit, masing-masing perlu berlumba-lumba. Banyak syarikat hari ini memberi tawaran kerja tetapi bukan dalam bentuk ‘kerja tetap’ tetapi kontrak. Inilah yang sedang kita bincangkan sekarang. Terutama di dalam pasaran swasta.

Istilah “ekonomi gig” merujuk kepada persekitaran kerja umum yang melibatkan kontrak jangka pendek, kontrak sementara, dan kontrak bebas. Ia juga dirujuk sebagai “ekonomi freelancer,” “tenaga kerja lincah,” “perkongsian ekonomi,” atau “tenaga kerja bebas.”

Dasar Ekonomi Baru telah digantikan oleh Perintah Ekonomi Baru, yang telah diisytiharkan atas nama liberalisme. Beli di sini

Kalau kita sebut kerja ‘freelancer’ mungkin ianya tidak baru. Sebab dari dahulu lagi sudah ramai yang membuat kerja ni. Tetapi istilah ekonomi gig ini masih sangat baru di Malaysia.

Pasaran yang terbuka dan ekonomi digital yang semakin berkembang, banyak ‘startup’ yang baru tumbuh ini menggunakan pasaran ekonomi gig untuk mendapatkan pekerja mahir tetapi dibayar dalam bentuk kontrak dan tidak terikat (dari segi politik atau pengurusan masa). (atau mungkin lebih murah!).

Soalnya sekarang, adakah pekerja -pekerja e-hailing seperti pemandu grab, penghantar makanan foodpanda atau penunggang gojek (tidak lama lagi) dikira sebagai sebahagian dari ekonomi gig? Ia berbalik kepada bagaimana anda memandang pekerjaan mereka ini. Saya boleh cakap, YA! Mereka juga adalah penyumbang utama tenaga kerja untuk ekonomi gig yang sedang kita bincangkan ini.

Selasa yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu kepada media, kita perlukan undang-undang baru untuk mengawal ekonomi gig ini, untuk melindungi pekerja bebas seperti abang-abang Foodpand yang viral baru-baru ini.

“Foodpanda dianggap yang pertama untuk memperkenalkan ekonomi gig dalam Malaysia dan apabila diperkenalkan, kami tidak mahir dengan perkataan ‘gig gig’.”

Tun Mahathir, 22 Oktober 2019

“Itulah sebabnya kita memerlukan undang-undang dan peraturan, kerana ada kemungkinan bahawa pekerja (pekerja bebas) itu boleh ditindas oleh majikan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dibangkitkan oleh Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai) 

Diterbitkan oleh The Start
Sama ada seseorang itu kapitalis, sosialis atau hanya berminat dalam tadbir urus yang baik, ada manfaat sebenar dalam membaca koleksi ucapan dan esei ini oleh Dr Jeyakumar, salah seorang ahli politik yang paling berprinsip. Beli di sini

Kerja kontrak mungkin bagus untuk kepentingan syarikat, tetapi tidak bagi pekerja/buruh. Pekerja kontrak tidak akan dapat keistimewaan yang disediakan oleh syarikat seperti insutans, klaim dan lain-lain.

Industri Kapitalisme telah membuatkan manusia hidup dalam dua konotasi waktu iaitu hidup untuk “kerja” dan hidup untuk “masa lapang”. Kerja kemudiannya dibungkus menjadi salah satu ciptaan yang paling penting dalam era moden. Sejak kecil kita ditanam dengan idea, “kalau tak belajar sungguh-sungguh, merempat lah kau nanti tak ada kerja.”

Industri kapitalisme juga selalunya menyalahkan tenaga buruh tetapi tidak menyalahkan sistem. Mereka memberitahu kepada kita, wujudnya pengangguran adalah kerana pemalas. Malas cari kerja dan memilih kerja. Tetapi industri kapitalisme tidak pernah serius untuk bercakap tentang gaji yang minimum dan tepat.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini