‘Dunia Tidak Butuhkan Anak-Anak Yang Jago Menghafal’- #Merdekabelajar Gaya Nadiem Makarim

Belum tamat lagi dunia bercakap tentang ucapan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Nadiem Makarim sempena Peringatan Hari Guru Nasional di Universiti Indonesia. Hari ini Nadiem menuturkan konsep ‘Merdeka Belajar’ yang dapat membebaskan pendidikan agar dapat berubah dan menjadi solusi agar anak-anak lebih berkreativiti dan berinovasi.

Memetik kata-kata Nadiem di Kompleks Parlimen Republik Indonesia pada 12 Disember 2019, ‘Ini yang Indonesia butuhkan di masa depan. Mohon maaf, dunia tidak membutuhkan anak-anak yang jago menghafal’. Beliau mengatakan juga bahawa konsep ini sedang digarap dalam percubannya mengubah sistem pendidikan Indonesia.

Menurut Nadiem juga, satu-satunya cara untuk berinovasi adalah melakukan berbagai macam percobaan. Nadiem sejujurnya percaya bahawa inilah inovasi yang mesti terjadi, bahawa para guru mesti diberikan kebebasan untuk mencuba hal-hal baru, kerana tanpa itu Indonesia tidak akan maju sebagai negara.

Tanggal 4 Disember 2019 lepas, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim tidak membaca teks ucapan yang telah disiapkan untuknya sempena Peringatan Hari Guru Nasionall di Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat ketika memberikan ucapannya sebagai simbol tugasan pertama yang dilakukan untuk masa depan pendidikan Indonesia.

Nadiem dalam ucapannya menilai kerjanya di hadapan dalam kementerian itu adalah untuk mencetak karakter pemimpin-pemimpin masa depan bermula dari mahasiswa adalah menjadi keutamaannya sekarang. Beliau juga menegaskan bahawa dunia telah memasuki zaman di mana gelaran-gelaran tidak menjamin kecekapan seorang. Kelulusan tidak menjamin kesiapan seseorang untuk terus berkarya. Pengiktirafan tidak menjamin mutu dan inilah kesedaran-kesedaran segera yang perlu ada.

‘Teknologi hari ini akan semakin cepat, semakin rumit dan tidak dapat dijangka. Hal-hal kelihatan mudah, kini tidak lagi kelihatan mudah’ ujarnya. Beliau juga turut menyampaikan hasratnya untuk melihat bahawa 5tahun ke depan, para mahasiswa yang lahir adalah mahasiswa yang boleh berbuat sesuatu.

Nadiem juga mengulas tentang dua visi Kementerian Budaya dan Pendidikan Indonesia itu bahawa yang pertama adalah Merdeka belajar dan guru penggerak. Kemerdekaan belajar bermaksud kemerdekaan belajar di setiap bahagian pendidikan. Di era baru ini, kerajaan akan memberikan kepercayaan, kebebasan dan autonomi kepada institusi-institusi pendidikan dan beliau mengharapkan bahawa kemerdekaan yang diberikan ini akan turun sehingga ke peringkat bawah di mana semua lembaga pengajian tinggi bebas dari pelbagai sekatan peraturan dan birokrasi. Mahasiswa juga akan dibiar bebas untuk belajar sesuai dengan kemampuan, kemahuan dan minat mereka. Hanya dengan ini menurut Nadiem, beliau optimis bahawa di depan Indonesia akan menjadi salah satu negara terbaik di Asia Tenggara tetapi juga di panggung dunia.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini