Ejen Ali bawa mesej tolak kapitalisme dan bantu orang miskin

Semua idealogi dimuatkan dlm satu filem, dari kapitalis bangsat, sosialis songsang, sehingga ke anarkis. Tapi misi utama yang nak diangkat dalam filem ni cuma satu: Tolong orang miskin dan jangan tinggalkan golongan miskin bandar. Dalam filem ni mereka guna term ‘golongan pinggiran’.

Surah Al-Maa’uun ayat 1 & 3,
(1) Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
(3) Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.

Ejen Ali bercakap soal hak asasi manusia, apa yang patut orang miskin dapat, dan apa yang sudah kapitalis yang menempel dgn ahli politik bangsat yang sudah menjahanamkam rakyat sehingga lahir golongan miskin bandar.

Filem ni muncul tepat-tepat dengan kenyataan perdana menteri kita yang cakap, kerajaan dah tak mampu nak tolong lebih2 orang miskin di malaysia ni. Kiranya filem ni boleh bagi tamparan yang dahsyat jugak kalau Mahathir tonton lah.

Dato Othman simbol ahli politik yang gila kuasa, Vikram simbol kapitalis yang menempel dgn penguasa untuk projek2 mega mereka, Niki simbol sosialis yang berpihak pd org miskin dalam masa yang sama ‘anarkis separa’ yang mempercayai kerajaan tak boleh nak buat apa2 untuk ubah nasib rakyat pinggiran. Aliya simbol pertengahan: yang percaya perlu bantu org miskin tapi bukan dengan revolusi pemberontakan tetapi revolusi strategis.

Ejen Ali adalah cita sempurna. Seperti yang ditulis Prof. Syed Hussein Alatas,

“Cita sempurna itu adalah satu pandangan hidup yang menyeluruh bertujuan untuk mencapai masyarakat sempurna. Cita ini juga menggerakkan usaha yang hebat bagi menjayakannya.”

Tapi ada halangan kata Alatas,

“Cita sempurna itu dihalangi oleh apa yang boleh disebut sebagai cita bencana. Cita bencana mempunyai tiga bahagian, yang pertama berkaitan dengan jenayah, yang kedua berkaitan dengan amalan perseorangan seperti salah guna dadah, gila judi atau ketagihan alkohol, dan yang ketiga berkaitan dengan nilai institusi, dan kepercayaan masyarakat, yang akan diruntuhkan oleh cita bencana ini.”

Konten Ejen Ali bagi aku dah sama level dengan The Hunger Games dan Divergent dah. Dengan Sastera yang berpihak ditambah dengan teknologi animasi, siapa kata karya lokal tak bermutu?

10/10Semua idealogi dimuatkan dlm satu filem, dari kapitalis bangsat, sosialis songsang, sehingga ke anarkis. Tapi…

Posted by Asri Yussof on Selasa, 10 Disember 2019
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini