Tak tahu apa nak buat esok? Jom buru Meteor Lyrid sama-sama!

Sementara waktu PKP tak tahu nak buat apa, yang mana ada halaman rumah atau balkoni boleh baring-baring di luar sambil makan aiskrim dan lihat Meteor Lyrid.

Apa itu meteor Lyrid?

Hujan Meteor Lyrid dinamakan daripada buruj Lyra. Dikatakan bahawa meteor ini sudah kelihatan sejak 2,500 tahun yang lalu.

Bila waktu terbaik memburu Meteor Lyrid?

International Meteor Organization (IMO), mengeluarkan data bahawa ia akan berlaku pada 22 April 2020 pada jam 3 petang di Malaysia. Namun memandangkan ia berlaku pada waktu siang, maka waktu paling dekat adalah pada tengah malam 22 April sehingga waktu subuh (6 pagi).

Walaupun 22 April itu merupakan puncak hujan meteor, disarankan untuk melakukan cerapan bermula dari 21 April 2020 sehingga 23 April 2020 dalam tempoh masa yang sama iaitu bermula dari tengah Malam sehingga subuh. Ketika kemuncak musim meteor, kenampakan boleh mencapai sehingga 18 meteor dalam satu jam.

Tempat paling strategik untuk tengok meteor?

1) Titik kemunculan meteor berada tepat atas kepala ketika waktu puncak nya iaitu daripada arah Timur Laut.  

2) Kawasan tiada awan

3) Sebaiknya kawasan gelap

4) Cuaca yang baik dan tidak hujan

Selamat Semuanya!

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini