Janji Mahathir tak akan naikkan harga minyak. Tapi?

Hangat kelmarin apabila berita tentang peningkatan harga minyak 1 sen setiap minggu bermula pada tahun hadapan. Untuk pengetahuan orang ramai, subsidi bagi petrol RON95 telah dihapuskan sejak 1/12/2014 lagi. Kemudian harga petrol ditetapkan secara bulanan dan telah dilaksanakan sehingga bulan 3/2017. Selepas itu mekanisme harga mingguan telah dilakukan sehingga bulan 3/2018.

Namun, jika dilihat harga minyak sejak daripada bulan kemenangan pakatan harapan, harga minyak telah kekal 2.20 daripada sebelum kemenangan sehinggalah awal bulan empat. Pada bulan 1 dan dua 2019 harga minyak telah turun daripada 20 – 28 sen. Namun daripada bulan 3  sehingga pada hari ini, minyak telah kekal dengan harga 2.20 seliter.

Jika harga minyak kekal 2.08 sen sehingga akhir bulan Disember dan naik 1 sen pada minggu pertama bulan Januari 2020, maka jika harga pasaran tidak kekal sehingga akhir 2020 harga minyak hanya akan jadi sebanyak 2.56 seliter. Di zaman barisan nasional, harga minyak tercatat paling tinggi adalah 2.38 sen seliter pada 16/11 sehingga 22/11/2017.

Apa pun, rakyat tidak akan pernah luka kata-kata yang dikeluarkan Mahathir pada 16 Mei 2018 iaitu, minyak tidak akan lagi naik atau turun. Harga pasaran akan kekal. Kerajaan akan subsidi apa-apa yang tidak mencukupi.

 Juga jangan dilupakan 10 janji 100 hari pakatan harapan iaitu untuk menstabilkan harga petrol dan memperkenalkan subsidi petrol. Jika dengan menaikkan 1 sen setiap minggu inilah mekanisme kerajaan dalam menangani subsidi petrol bersasar, sepatutnya harga minyak paling tinggi hanya boleh meningkat sehingga RM2.20 seperti yang dijanjikan.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini