Ketengah isu kemiskinan di Mexico, Salah satu sebab anda wajib tonton Terminator: Dark Fate

Kalau kita tak baca berita, tentu kita rasa semua latar tempat di dalam filem Terminator yang baru ditayangkan ini dimainkan di bandar Mexico. Tetapi sebenarnya ia dirakam di negara Sepanyol.

Dalam temu bual bersama pengarah filem Tim Miller, beliau berkata pasukan produksi filem “Dark Fate” terpaksa melancarkan adegan Mexico di Sepanyol, terutamanya disebabkan oleh ketakutan terhadap keganasan yang boleh berlaku di Mexico kepada kru produksi dan bajet.

Sebelum ini, Carlos Muñoz Portal, seorang kakitangan dari siri Netflix “Narcos” yang ditembak mati di Mexico ketika penggambaran, sebagai alasan kenapa penggambaran filem Terminator: Dark Fate dibuat di Sepanyol.

Kemiskinan di Mexico

Punca dan kesan kemiskinan di Mexico berakar dengan taraf negara miskin dalam pelbagai bidang: Infrastruktur yang kurang baik. Institusi dan birokrasi yang tidak cekap dan Rasuah. -Sumber

Walaupun kemajuan yang ketara, Mexico masih mempamerkan kemiskinan yang tinggi. Mengikut Tinjauan Ekonomi OECD untuk Amerika Latin 2018, 7 dari setiap 10 orang Mexicans hidup dalam kemiskinan atau kelemahan, sementara 20% penduduk terkaya mendapat 10 kali lebih banyak daripada yang paling miskin 20%.

Kritikan terhadap kemiskinan di Mexcio begitu menonjol di dalam filem ini. Ia membuatkan penonton merasa betapa dahsyat hidup di Mexico. Golongan kelas menengah yang bekerja di kilang antara salah satu kritikan yang cuba diberi perhatian. Dan juga berpusu-pusu rakyat Mexico ingin masuk ke US secara haram (kerana terpaksa) untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Women Power

Mari kita beralih kepada watak, kandungan cerita dan dialog-dialog yang sangat terkesan. Ketika The Terminator, filem pertama dalam siri ini yang ditayangkan pada 1984 ia begitu menjadi fenomena. Filem sains fiksyen dengan teknikal yang bermutu tinggi pada tahun tersebut sangat menjadi fenomena.

Dalam filem The Terminator, Terminator (lakonanArnold Schwarzenegger) mempunyai misi untuk membunuh Sarah Connor (Linda Hamilton) kerana Sarah Connor akan melahirkan zuriat seorang lelaki yang akan menggerakkan pemberontakan melawan Skynet, sebuah syarikat teknologi AI yang dicipta untuk tujuan perang cyber sehingga boleh mempupuskan ketamadunan manusia. Pada tahun 1984 naratif lelaki sebagai pemimpin masa depan yang akan menyelaman tamadun manusia daripada musnah begitu menebal. “Sarah akan melahirkan zuriat lelaki yang akan menyelamatkan dunia.”

Dalam Terminator: Dark Fate, filem ke-6 dalam siri ini ada satu dialog yang sangat terkesan. Ia menggambarkan women power, feminisme kental dan wanita pemimpin masa depan.

“Ianya adalah tentang awak. Bukan zuriat yang bakal awak lahirkan. Awak adalah ketua kami. Awak yang memimpin gerakan pemberontakan, dari pemberontak kita bina kumpulan askar sendiri, dari kumpulan askar, awak bina semula negara dan menyelamatkan tamadun manusia dari program cybersecurity yang dipanggil Legion”

Penggambaran untuk Terminator: Dark Fate berlaku dari bulan Jun hingga November 2018 di Hungary, Sepanyol dan Amerika Syarikat. Sebelum penulis skrip diupah, Miller meminta agar sekumpulan penulis novel memberikan idea tentang cara mencipta semula francais untuk siri filem sains fiksyen (sci-fi) Terminator ini.

Antara penulis novel yang dipanggil adalah Joe Abercrombie, Neal Asher, Greg Bear, Warren Ellis, dan Neal Stephenson. Abercrombie mencadangkan idea tentang watak wanita yang separuh manusia dan separuh mesin, membentuk asal-usul Grace. Ciri-ciri mesin manusia sebelum ini dipaparkan dalam Terminator Salvation.

Kini siri Terminator sudah mempunyai 6 filem francais, The Terminator (1984), Terminator 2: Judgment Day (1991), Terminator 3: Rise of the Machines (2003), Terminator Salvation (2009), Terminator Genisys (2015), Terminator: Dark Fate (2019).

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini