Kungfu Wing Chu dicipta oleh wanita – Ini sebab kenapa filem IP MAN Bukan Sekadar Filem Nasionalisme Tetapi Perjuangan Wanita

Selepas menghayati filem IP Man lakonan Donnie Yap, filem ini bukan sekadar filem sejarah tentang perjuangan IP Man tetapi filem ini telah memberitahu kita bahawa wanita  mempunyai peranan yang penting di dalam sesuatu bentuk masyarakat, keluarga dan juga seni bela diri iaitu Kung Fu. 

Siapa itu Ip Man?

Ip Man atau Yip Man merupakan salah satu sosok penting dalam dunia seni bela diri. Beliau merupakan pengamal seni bela diri yang bernama Wing Chu. Beliau lahir pada 1893 di Foshan. Mengikut sumber Foshan ini merupakan salah satu kawasan dimana terdapat banyak pengamal seni bela diri. Terdapat lebih dari 4 seni bela diri, masing mengikut variasi dan idealogi sendiri. 

Ip Man ini juga merupakan tok guru kepada bintang filem terkenal iaitu Bruce Lee. Ip Man juga merupakan salah seorang memperjuangkan kemerdekaan untuk negara China. Beliau seorang yang bersifat patriotik dan sentiasa menjaga kebudayaan dan kesenian negara kelahirannya. 

Apa kaitan Ip Man dengan Perjuangan Wanita?

Di dalam filem Ip Man 1, ada seorang lelaki datang ke Foshan untuk membuka satu sekolah seni bela diri. Lelaki tersebut telah mencabar hampir semua ketua-ketua atau tok guru sekolah seni bela di Foshan dan kesemuanya kalah. Akan tetapi lelaki itu dapat tahu bahawa ada seorang tok guru yang lebih hebat iaitu Ip Man. Lelaki itu terus mencari dan mencabar Ip Man, semasa perlawanan lelaki tersebut berkata “wing chu bukanlah kung fu hebat kerana dicipta oleh seorang wanita.” Ip man mendengar dan berkata “kehebatan seseorang bukan terletak pada umur atau gender (sex) tetapi pada ilmunya.” Mereka bertarung dan Ip Man menang. 

Asal Usul Seni Bela Wing Chu.

Setelah mendengar dialog tersebut, saya tertarik untuk mencari dan mengkaji asal usul seni bela ini. Mengikut sumber, asal usul Wing Chu ini dicipta dari Ng Mui. Ng Mui ini merupakan biarawati di sebuah kuil Shaolin. Beliau mencipta Wing Chu untuk membaiki kelemahan yang ada dalam seni bela Shaolin. Mengikut kisah lagenda, Ng Mui mendapat inspirasi dari pergerakan haiwan iaitu burung bangau. Beliau mendapat sumber untuk mencipta seni bela Wing Chu setelah melihat pertarungan antara burung bangau dan ular. 

Wing Chu Penyelamat Wanita.

Mengikut kisah lagenda, Ng Mui mengajar ilmu seni bela ini pada seorang wanita bernama Yim Wing Chu. Yim Wing Chu seorang wanita yang telah dipaksa berkahwin dengan seorang general yang kejam. Lalu Ng Mui mengajar ilmu seni bela baru ini kepada Yim Wing Chu untuk mempertahankan dirinya yang ditindas oleh general yang kejam. Akhirnya Yim Wing Chu Berjaya mengalah general tersebut dengan menggunakan seni bela itu. Sejak itu, seni bela itu diberi nama Wing Chu sempena nama pertama anak murid Ng Mui. 

Ip Man Filem Perjuangan Wanita.

Jika menghayati ketiga-tiga filem ini, filem ini bukan sahaja memaparkan kisah kehebatan Ip Man tetapi filem ini juga memaparkan kehebatan dan kekuatan wanita dalam satu masyarakat. Di dalam Ip Man 1, semasa Ip Man dicabar untuk bertarung. Ip Man bukan sahaja diherdik tentang asal usul seni belanya tetapi belia diherdik dek kerana isterinya yang tidak bagi bertarung. Akan tetapi isterinya menjadi marah dan terasa maruah suami dipijak-pijak, isterinya membenarkan suaminya bertarung demi pertahankan maruah keluarga, suaminya dan juga tempat tinggalnya. 

Di dalam Ip Man 2, Ip Man perlu bertarung dengan seorang lelaki warganegara United Kingdom. Lelaki itu telah menghina seni bela cina malah beliau juga menghina kepercayaan orang cina ketika itu. Dengan membakar colok kononnya colok itu ibarat orang cina lemah tidak mampu berlawan. Ip Man terasa tercabar dek kerana kebudayaan dan keseniannya dihina. Beliau telah mencabar lelaki itu untuk bertarung, ketika itu isteri sedang sarat mengandung. Isterinya tidak menghalang Ip Man untuk berlawan kerana dia tahu suaminya bertarung demi maruah bangsa dan negaranya. Malah ketika isterinya sedang menglahirkan anak, Ip Man tiada di sisinya. Bukan kerana Ip Man sibuk memikirkan cara atau strategi untuk bertarung tetapi ia permintaan isterinya supaya tidak menganggu Ip Man untuk berlatih dan bersiap sedia untuk bertarung dengan warganegara United Kingdom itu. 

Di dalam Ip Man 3 pula, isteri Ip Man disahkan menghidap kanser dan doktor juga mengesahkan isterinya tidak mampu bertahan lama. Ketika itu di Hong Kong, sedang kecoh akan seorang lelaki telah mengata Ip Man bukan pengamal Wing Chu yang sebenar. Lelaki itu telah mencabar Ip Man untuk bertarung untuk membukti siapa pengamal Wing Chu yang sebenar. Tetapi pada hari pertarungan tersebut, Ip Man tidak muncul, bukan disebabkan takut tetapi Ip Man ingin bersama isterinya. 

Sedang isterinya sakit, isterinya telah mengirim surat kepada lelaki yang mencabar Ip Man. Isi surat tersebut adalah memberitahu akan tarikh pertarungan antara suaminya dan lelaki tersebut. 

Isteri berkata “untuk kali terakhir, awak bertarunglah demi pertahankan maruah awak.” Ip Man bersetuju dan bertarung. Akhirnya Ip Man menang dan lelaki tersebut berkata “saya sedar saya kalah, saya bukan Wing Chu yang sebenar.” Ip Man dengar kata tersebut dan membalasnya “Itu tidak penting, yang penting siapa di sisi semasa jatuh bangun. Saya datang hanya kerana permintaan isteri saya.”

Dari sini kita dapat lihat isteri Ip Man sangat menjaga maruah suaminya dan juga menjaga maruah bangsa dan negara. Sedang sarat mengandung dan sakit, beliau tidak mahu menggangu suaminya berlatih untuk mempertahankan maruah bangsa. 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini