Malaysia lambat 7 tahun dari Indonesia memproduksi filem politik

Selepas Lembaga Penapisan Filem menolak untuk memberi kelulusan tayangan kepada filem Daulat yang diarahkan oleh Imran Sheik, maka bermula hari ini, Daulat mula ditayangkan secara percuma di platform servis hiburan atas permintaan (VOD) – iflix.

Barisan utama dibintangi oleh Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya, Cristina Suzzane and Zul Zamir ini mengisahkan karya fiksyen politik thriller Malaysia yang pertama dihasilkan di negara ini.

Selepas kemenangan Pakatan Harapan di Pilihanraya Umum pada 9 Mei 2018 yang lalu, Daulat merupakan filem yang paling memberangsangkan jika dibandingkan dengan Rise Ini Kalilah dan filem dokumentari M for Malaysia. 

Kita lambat 7 tahun dari Indonesia, atau mungkin lebih dari itu lagi. 7 tahun lalu pengarah filem terkenal indonesia, Hanung Bramantyo bersama Rahabi Mandra mengarahkan filem “2014: Siapa di Atas Presiden” sebuah filem politik thriller yang mendapat perhatian di Osaka Asian Film Festival pada tahun 2013.

Kita perlu memikir kembali kewujudkan Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Apakah masih wajar untuk kemajuan filem Malaysia, atau kita mahu mundur berpuluh tahun dari negara lain?

Falsafah “Divide et Impera” direalitikan dengan sangat baik dalam filem Daulat. Pengarah filem dan penulis skrip bersama, Imran Sheik dan Haziq Jamaludin boleh dikatakan membuat penelitian dan kajian yang sangat bagus sehingga menghasilkan dialog-dialog yang tidak kita sangka akan wujud di filem Malaysia.

Divide et Impera (frasa latin) atau dalam bahasa Inggeris, divide and rule dan bahasa Melayu, pecah dan perintah adalah idea asal Julius Cesar, yang diperkenalkan dua puluh dua abad yang lalu. Divide et Impera bermaksud memecah pembangkang supaya ia tidak lagi mengancam kuasa anda sendiri.

Daulat sangat mirip dengan situasi politik di Malaysia. Cuma ditutup dengan idealis yang sangat besar untuk dibangunkan di Malaysia (tetapi tidak mustahil!) iaitu Perdana Menteri pertama dari kalangan wanita, yang dibawa oleh Vanida Imran dan juga Timbalan Perdana Menteri wanita dari parti sosialis yang berbangsa India, yang dimainkan oleh Sangeeta Krishnasamy. 

Sangeetha Krishnasamy was named the Best Actress at FFM29. Photo by AZIAH AZMEE-NST

Jika Daulat mulakan penggambaran mereka selepas 21 Februari 2020, mungkin saja adegan “pintu belakang” bakal menjadi antara babak-babak politik di dalam filem ini. Apakan daya, jangkaan Daulat adalah Parti Melayu-Konservatif akan memenangi PRU-15, tetapi realitinya di Malaysia hari ini, tanpa PRU, kumpulan Melayu-Konservatif tetap boleh mendirikan sebuah kerajaan ‘pintu belakang’.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini