Messiah di Netflix bukan cerita tentang bagaimana Nabi Isa turun – ini apa yang patut penonton perhatikan

10 episod drama rantaian di Netflix ni bukan nak bagitahu kita semua tentang bagaimana Nabi Isa turun, di mana dia turun, apa dia akan turun sebagai islam atau kritian? Bukan. Bukan ini yang nak disampaikan. Dan bukan ini yang patut kita fikirkan.

Apa yang mahu kita fikirkan adalah, bagaimana kita mahu buktikan yang bakal turun nanti adalah betul-betul Nabi Isa yang dikirim oleh Allah, apakah cukup sekadar melalui keimanan kita atau boleh kita buktikan dari segi saintifik? Dan juga, bagaimana kita akan menghadapi berita-berita dari media dan group Whatsapp pak-pak sedare kita? Siapa yang patut kita percaya? Bagaimana ‘bakal’ tindakan kita?

Pelakon utama, Mehdi Dehbi dari Belgium ini seorang pelakon dan pengarah teater, yang terkenal dengan peranannya dalam La Folle Histoire d’amour de Simon Eskenazy, L’Infiltré, Le Fils de l’Autre, Mary Queen of Scots, dan A Most Wanted Man.

Messiah dalam drama ini adalah bukan Mesiah. Ini dibuktikan dengan penemuan Payam, yang berasal dari Iran, dan memang dari kecil ada masalah ‘Messiah Disorder’ iaitu mempercayai bahawa dirinya adalah pembawa message Tuhan.

Semua yang ditunjukkan dalam drama ini tak pernah difikir oleh kita sehinggalah munculnya drama ini.

Sebelum ini kita sekadar cukup mempercayai apa yang Quran kata tentang Nabi Isa akan turun semula. Tapi kita tak pernah terfikir dengan realiti teknologi, media sosial, facebook dan instagram, bagaimana kita akan menghadapi kehadiran Nabi Isa ini? I think this drama was blowing my mind- if we think this direction.

But, kalau kita tonton tapi kita ternanti-nanti apakah storyline akan ikut apa yg Quran tulis atau apa yg Bible tulis, i think kita tak akan dapat apa isi yang jelas. Kita cuma akan dapat it was boring and ending tak cukup power.

Apakah Nabi Isa akan turun dan convert semua Kristian masuk Islam (mengikut kepercayaan islam?) atau sebaliknya, atau juga message yang akan dibawa Nabi Isa nanti melalui konsep pluralisme agama? Tuhan tak pernah melarang kita berfikir, we should questioning about this.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini