Orang Asli Mati di Hutan Amazon, Dibunuh Pembalak Haram

1.11.2019 –  merupakan tarikh sedih satu dunia, kita telah digemparkan dengan berita kematian “penjaga” hutan Amazon. “Penjaga” yang bernama Paulo Paulina  itu dibunuh oleh sekumpulan pembalak haram yang sedang mencuri khanzanah hutan tersebut. 

“Penjaga” hutan ini merupakan dari suku kaum Guajajara. Suku kaum Guajajara ini merupakan salah satu suku kaum terbesar di dalam hutan Amazon. Mereka merupakan orang asal yang hidup nomad di dalam hutan Amazon. 

Mereka juga mengelarkan diri mereka sebagai “penjaga” hutan Amazon. Mengikut sumber dari portal The Washington Post, Paulo Paulina telah dikepung 5 orang lelaki bersenjata dan menembak tepat di leher beliau.

Difahamkan Paulo pergi mengambil sumber air bersih dan kemudiannya dikepung oleh sekumpulan pembalak haram bersenjata. Paulo merupakan salah seorang dari penghuni hutan tersebut yang berani mempertahankan hutan Amazon itu 

Paulo ini juga merupakan salah senarai dihendaki atau “wanted” di kalangan pembalak haram kerana beliau seorang yang aktif dan berani mempertahankan hutan terbesar itu. Mengikut sumber portal yang lain, sebelum ini Paulo telah pernah diugut bunuh dan diancam keluarganya jika beliau meneruskan kegiatan “penjaga” hutan itu 

Beliau digelarkan sebagai “the wolf” atas semangat juangnya yang tinggi, atau “Si Malaikat Hutan.”

Kejadian membuktikan kapitalis bangsat tidak mempedulikan hak asasi, etika dan kemanusian dalam mengejarkan kekayaan mereka. Mereka sanggup mengambil nyawa manusia demi keuntungan mereka. 

“Saya cuma mempertahankan tanah dan kesejahteraan hutan ini saja”

Paulo Paulina
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini