Selain “social distancing” kita juga perlu “social understanding”

Sebagai pelajar luar negara yang duduk di Malaysia saya berpikir andai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia adalah seperti negara lain yang teruk terkena Corona virus, apakah yang harus kita buat?  tidak kisah tempatan atau pun pendatang macam saya ini, kita akan sama – sama terjejas .

Tetapi jika kita tengok negara Malaysia setakat ini tidaklah terlalu teruk seperti di Italy atau China dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengawal agar tidak menjadi teruk seperti dua negara tersebut iaitu kita bisa mulai dari bersikap  tenang dan bertindak sewajarnya

Oleh karena itu saya cadangkan selain ” social distancing ” kita juga perlu ” social understanding ” nah yang satu ini perlu agar kita jangan degil.

Pertama sekali, sebenarnya kebijakan perintah kawalan pergerakan ini berbeza dengan “lockdown” di China atau Italy kerana kita semua hanya berkurung dari 7 petang hingga 7 pagi keesokannya sahaja.

 Bukan seperti di Palestin, Syria, Afganistan atau yang terdekat iaitu di Philipina selatan. Mereka dikurung sepenuhnya sehingga makanan dan perlindungan lansung tiada, bom dan tembak-menembak di mana-mana, perempuan dirogol, semua orang menggunakan senjata seperti didalam game “pubg”.

Kita di sini hanya duduk dirumah dengan aman, masih ada sumber air, makanan, elektrik dan internet. Jadi janganlah lepak kedai mamak, lebih baik masa digunakan untuk berkumpul dengan ahli keluarga.

Tak usah juga panik kerana semua perkhidmatan penting masih berjalan, ramai yang kata ini adalah pertama kali di dalam sejarah bahawa kita boleh menyelamatkan dunia dengan hanya duduk di rumah dan mungkin “Superhero” juga akan memilih untuk duduk di rumah pada saat ini.

Jikalau makanan habis masih boleh keluar dan membeli, cuma leceh sedikit kerana hanya seorang wakil dari setiap keluarga yang boleh keluar untuk membeli barang keperluan. Jadi tak perlulah “panic buying” justru akan membuat masyarakat kita terjejas makin teruk. “Hand sanitizer” sangatlah penting selepas keluar membeli barang untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Semuanya masih okay, masih boleh membeli melalui online.  Food Panda, Grab Food, online grocery delivery segala macam masih berjalan seperti biasa hanya saja sekali lagi kita perlu kurangkan masa diluar rumah.

Jadi janganlah mengelabah membeli-belah seolah-olah tiada hari esok. Sampai keropok, sabun, tisu, milo diborongnya bertroli-troli seharusnya kasihankan mereka yang akhirnya tidak dapat apa – apa. Kemarin saya sempat bertemu  seorang tua dikedai runcit di universiti saya, beliau sedih tidak dapat membeli makanan dan ubat  untuk dirinya sampai akhirnya saya harus berikan apa yang saya belanjakan sebelum “lockdown”.

 Kalau hendak beli barang tu, hanya beli barang seperti biasa. Utamakan barang penting dan tahan lama, ingatlah ada orang lain yang juga butuh. Jangan egois dan pentingkan diri, kita ini masyarakat yang menjunjung budaya solidariti jadi janganlah lupakan orang lain.

Jadi tenang. Alert boleh, tapi jangan panik. Kalau diri kita dijangkiti virus pun harus kena tenang. Kemudahan juga disediakan. KKM dan perkhidmatan penting lainya disediakan jika kita dijangkiti

Jadi tinggal menjadi bahagian kita untuk membantu kerajaan tidak kisahlah tempatan atau pendatang. Saat seperti ini kita harus berkerjasama untuk membuat Malaysia tetap aman, saya sudah meanggap Malaysia ini seperti negara saya dan saya sayang Malaysia. Apa yang terjadi disini juga akan terjadi pada saya jadi kita harus memikir dengan dalam sekarang untuk selamatkan masa depan kita dan jangan degil.

Pesan khas saya untuk kawan kawan yang degil dengan alasan agama biasanya ini kalian akan cakap “untuk apa takut Corona, kan hidup mati di tangan tuhan”, kalau cara kalian berpikir macam ini kenapa tak cuba tidur di lebuh raya  saat jam padat dan lihat apa akan terjadi?

Kepada yang berdegil dengan dasar agama ada satu nasihat dari agama Islam, “Ikatlah tali unta kemudian tawakkal kepada Allah.” Islam pun ajarkan kita untuk lakukan usaha dahulu baru setelahnya bertawakal jika apa – apa langsung lemparkan kepada tuhan , mana guna akal kita yang sudah diberikan tuhan sendiri sebagai alat untuk menyelamatkan kita.

Jadi mulai saat ini cubalah untuk sama sama sadar mulai dari hal kecil seperti basuh tangan, banyakkan minum air, jaga kebersihan, ikut nasihat orang yang pakar, kemudian tawakkal. Cabaran hidup yang membuatkan hidup kita bermakna. Bergantung pada bagaimana kita laluinya

Masyarakat kena beri perhatian mulai dari sekarang. Kena saling ingat-mengingati. Kita kena kuarantin diri sendiri. Kalau pergi kerja, ambil langkah sewajarnya dan kalau kenalan/keluarga kita buat tak tahu, tegur dan ingatkan mereka.

Virus ini bukan kita hadapi sorang-sorang. Semua lapisan masyarakat sampai pemerintah perlu bekerjasama demi Malaysia yang kita sayangi bersama.


Mansurni abadi adalah mahasiswa Indonesia yang sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Dalam kajian etnik.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini