Sky Castle kritik isu pendidikan di Korea dan ibu bapa yang tak pernah puas

Sky Castle, kisah keluarga kaya-kaya yang tinggal di taman perumahan orang-orang kata yang diberi nama Sky Castle. K-Drama ni jadi trending di Korea tahun 2018, sebab mengkritik sistem pendidikan di sana, dan juga mengkritik ibu bapa yang memikir “apa orang kata”.

Salah satu sebab drama ini menjadi tumpuan di Korea kerana penekanan negara terhadap nilai pendidikan. Korea Selatan telah dipanggil negara paling berpendidikan di dunia. Menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pelajar Korea menghabiskan lebih banyak masa belajar daripada pelajar di mana-mana negara OECD lain, sementara ibu bapa membelanjakan lebih banyak untuk tutor swasta.

Jadi setiap hari mereka asyik push anak-anak supaya dapat gred bagus, dapat nombor satu, walaupun hakikatnya, anak-anak mereka depress dan tak ada akhlak dengan orang yang lebih tua. Yang penting bagi ibu bapa jenis ini, pujian dari orang luar dan status sosial mereka menjadi nombor 1, bukan kebahagian dan ketenangan keluarga yang menjadi utama.

Plot twist dia best. Episod pertama datin yang tinggal di Sky Castle bunuh diri selepas terbaca diari anak mereka yang mahu membalas dendam kepada ibu bapa mereka selepas berjaya masuk ke universiti perubatan.

Bagi aku drama ni boleh relate dengan life kita. Macam mana dari kecik kita disuruh belajar. Habis PMR, tergilakan pulak dengan SPM. lepas tu, hadap pulak univerisiti, sampai akhirnya anak-anak muda kita hari ni terbeban dengan hutang PTPN. Habis univerisiti, tak sempat nak bayar hutang PTPTN lagi, orang-orang tua duk bising pasal kahwin pulak. Macam tu la hidup kita duk berputar kalau orang tua tak ubah mindset “apa orang kata”.

Paling best, ada satu watak, Hye-Na namanya. Dia bukan dari keluarga kaya di Sky Castle tapi dia bijak. Dialog-dialog Hye-Na dalam drama ini mengkritik jurang orang miskin dan kaya, dan bagaimana ketidakadilan layanan terhadap manusia berbeza-beza mengikut status sosial.

Hye-Na berang bila dapat tahu, anak orang kaya dapat nombor 1 di dalam kelas sebab dapat soalan bocor, tetapi dia dapat nombor 2 hasil usaha keras dia. “Ini tidak adil” katanya.

Ada satu lagi babak best, satu lagi family kaya di Sky Castle, yang gunakan Pyramid untuk merangsang anak2 mereka belajar nersungguh-sungguh. Tiap2 hari ayah budak ni duk sebut korang kena berada di Top pyramid ni barulah hidup senang dan orang pandang tinggi.

Tapi satu dialog lagi menepis falsafah ni, katanya “Firaun tak ditanam di puncak pyramid, tapi di bahagian pusatnya. Jadi berada di tempat yang paling Top bukan satu matlamat yang tepat”.

4 buah keluarga kaya dan 1 orang tutor yang mempunyai masalah masing-masing. Setiap dari mereka membawa naratif cerita yang sangat segar. Daripada lima watak ini, 4 dari mereka menggambarkan keseluruhan cerita yang sangat penting. Tutor yang dilakonkan oleh Kim Seo-hyung, Han Seo-Jin, Seung Hye dan penyelamat, Lee Soon-Im.

Watak Seung hye adalah watak penting. Beliau melawan patriarki yang dilakukan oleh suaminya adalah suatu yang sangat memberi inspirasi kepada penonton wanita.

Dari satu skandal ke satu skandal terbongkat untuk menunjukkan orang kaya tidak semestinya bagus. Jadi tidak perlulah kita memandang manusia ini mengikut darjat kekayaan mereka. Setiap manusia akan ada melakukan kesilapan, dan yang diperlukan adalah penyesalan dan “Saya memohon maaf”.

Bagi aku dialog, jalan cerita dan plot direka sehabis baik. Mengkritik sistem pendidikan secara halus, dan mengkritik cara fikir ibu bapa yang fikir “apa orang kata”, pangkat, darjat dan status sosial. Ini apa yang drama ni nak sampaikan kepada penonton. 9/10 đźŚź

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini