ACARA NGETEH SASTERA UNTUK HARI-HARI BERKURUNG YANG MELE’TEH’KAN

GERAK Malaysia, sebuah kolektif anak muda dengan kesedaran telah menganjurkan sebuah Kuliah Maya, Acara Ngeteh Sastera. Memilih nama ‘Ngeteh’ berbanding ‘Ngopi’ kerana semangat ke-Malaysia-an, acara ini menyebabkan bergelas-gelas teh telah habis diteguk selama dua jam menyertai kuliah ini.

Kuliah pertama pada 17 April yang lalu dengan tajuk ‘Tanggungjawab Sosial Sastera’ buat julung kalinya diadakan dengan menjemput sasterawan marginal, Dr Faizal Musa atau Faisal Tehrani sebagai pemberi kuliah. Acara ini disertai lebih 60 orang peserta di seluruh Malaysia. Malahan, peserta dari Singapura dan Indonesia juga tidak ketinggalan menggarap ilmu daripada tokoh penulis ini.

Acara ini memberi ruang kepada orang ramai khususnya anak muda untuk mendalami bidang sastera serta memahami apakah tanggungjawab sosial melalu sastera. Nama-nama besar seperti Othman Puteh, Usman Awang, Shahnon Ahmad serta Mohamed Latif Mohamed telah dibincangkan karyanya dalam acara ini.

Antara yang menarik ialah pembentangan novel Kawin-kawin oleh Azizi Haji Abdullah yang dikatakan Faisal Tehrani, mencetuskan idea tanggungjawab sosial sastera yang signifikan. Beliau menyifatkan karya ini merupakan satu karya yang mengembangkan pemikiran kritis dalam kalangan pembaca.

Acara ini memberi kepuasan kepada peserta-peserta yang menyertainya. Malahan, berderet-deret pesanan ringkas diterima oleh Saloma (jurucakap GERAK Malaysia) agar acara seperti ini dianjurkan lagi.

Menurut Nursyuhaidah Razak, pengerusi GERAK Malaysia, acara ini pasti diteruskan lagi bagi memenuhi tanggungjawab sosial dalam memberi pencerahan kepada masyarakat. Tidak lupa juga, bagi mereka yang tidak berkesempatan mengikuti acara ini, anda boleh menonton rakaman kuliah di Youtube GERAK Malaysia.

Kolektif anak muda ini bukan sahaja memberi pencerahan melalui platform sastera, malah masih lagi bergerak aktif memberikan pencerahan tentang haid melalui kempen #pedulimerah.

Semoga GERAK Malaysia terus maju ke hadapan dalam menganjurkan acara-acara yang memberikan manfaat kepada orang ramai. Ikuti mereka di laman Instagram @gerakmalaysia, Twitter @GerakMalaysia dan Facebook GERAK Malaysia bagi mengikuti perkembangan organisasi ini.  

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini