Tintabudi terbit buku pertama dengan rekaan kulit yang minimalis

Tintabudi adalah sebuah kedai buku yang terletak di Jalan Rotan, Kampung Attap, Kuala Lumpur. Dengan tagline “Sebuah kedai buku sederhana”, Tinta Budi memberikan aroma dan imej kedai buku yang minimalis dan indie.

Nazir Harith, pemilik Tintabudi. Foto/ cleo.com.my

Dari hanya sebuah kedai buku yang sederhana dan menjual buku-buku dari penerbit lain, mereka juga menjual buku-buku yang ‘rare’ untuk didapati di kedai-kedai buku utama.

Tintabudi bookshop. Foto/ thezhongshanbuilding.com

Kini Tintabudi mengembangkan sayap mereka dengan memulakan rumah penerbitan sendiri iaitu Tintabudi Publishing. Buku pertamanya Blooms of Ire karya Hafiz Hamzah, dan diterjemahkan oleh Ede A. Hamid dari bahasa Melayu.

Buku pertama mereka ini begitu menarik perhatian, kerana reka kulit yang sangat minimalis dan menarik pembaca untuk memilikinya.

Buku pertama mereka ini akan dilancarkan di George Town Literary Festival yang sedang berlangsung sekarang hingga 24 November ini di Pulau Pinang.

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error

Share supaya lebih ramai tahu berita ini